• Tazkirah 1

    Ok kawan2... Hari saya nak bertazkirah ckit..... Topic tazkirah harini ialah tentang pemakaian cincin.. Mungkin kawan2 berkata.. "alaa cincin je pun".. Ini salah ye kawan2, jika salah cara pemakaian maka berdosalah anda....Untuk pengetahuan kawan2.. Pemakaian cincin merupakan salah satu sunnah Rasullallah S.A.W... Berdasarkan hadis daripada Anas bin Malek

     “ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)


    Oleh itu kawan2, jikalau kawan2 memakai cinicn dijari yg dilarang oleh Nabi kita, maka tukarlah cara pemakaian cincin.. Kebanyakan remaja sekarang kurang peka tentang perkara ini dan hanya mengikut buta tuli dengan fesyen barat yg mampu menyesatkan kita... Semoga tazkirah ini dapat membuka minda kawan2 sekalian....

0 comments: