Kalau nak dibandingkan waktu puasa sekarang dengan waktu puasa masa tahun 1998++, pada tahun 1998++ lebih seronok kerana sekolah cuti.... Benda camni la yang budak2 sekolah suka... Macam-macam bole buat, xyah nak fikir tentang skolah.. puasa jaaaa pastu mercun(hmmm xle buat apa dah benda ni.)
Ok. kembali ke topik asal, setiap ibadat ada rukun masing-masing. Rukun ini menentukan sama ada ibadat kita sah atau tidak. Rukun puasa ialah niat pada malam hari sebelum terbit fajar sadiq dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari..Ini bermakna, jika kita berpuasa tanpa niat maka puasa kita adalah sia-sia sahaja... Maka jangan lupa niat yaa.....
NIAT PUASA
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.(diniatkan dalam hati)
Orang yang wajib berpuasa ialah Islam, baligh, berakal, dan tidak uzur syar'ie.. Yang ada semua ciri-ciri ni jangan plak korang x puasa... Wajib !!! PAHAM!!
Manakala syarat-syarat sah puasa pula seperti berikut:
1.Islam
2.Berakal
3.mumaiyiz(tahap dimana kanak-kanak mampu membezakan antara baik dan buruk)
4.niat puasa pada waktu malam
5.suci daripada haid dan nifas
6.tidak dilakukan pada hari-hari yang diharamkan puasa.
DONE
will continue soon...kalo rajin la...
SOURCE
1.Google
2.Buku rujukan tingkatan 1,2 dan 3.
3.Blog yang lain2
0 comments:
Post a Comment