• Solat Jemaah

    Update blog kali ni tentang solat jemaah.. Sebab apa aku update tentang solat jemaah?? Aku update ni sebab brother Pokjat(3rd year) naqib usrah aku ada suruh bagi tazrikah Jumaat ni. Jadi, 'update' kali ni hanya untuk persediaan tazkirah Jumaat ni.



    Maksud Solat Jemaah
    Solat fardhu atau sunat yang berlaku apabila seseorang sembahyang lalu ada yang mengikutnya dibelakang. Solat jemaah sekurang-kurangnya 2 orang kecuali solat Jumaat.
    Imam tidak boleh lebih dari seorang. Iaitu terdapat dua iman atau lebih di dalam satu tempat atau masjid.

    Kelebihan Solat Jemaah.
    Darjat pahala solat jemaah adalah 27 darjat dibandingkan solat bersendirian.

    Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

    "Solat berjemaah lebih afdhal dari solat bersendirian sebanyak 27 darjat"
                                                                                         Riwayat al Bukhari, Muslim dan lain-lain

    Solat berjemaah merupakan sunnah Nabi. Solat jemaah yang dilakukan di masjid, musolla atau surau adalah lebih afdhal. Namum begitu, fadhilat yang lebih besar bagi yang berjemaah di masjid Nabawi, Haram dan Aqsa.
                                                 Khusyukkah kita?????? tepuk dada tanya iman


    Rukun/Panduan

    1. Niat untuk menjadi makmum. Untuk pengetahuan anda, tajwid tadbir adalah 14 harakat. Jika takbir lebih dari 14 harakat tidak sah kerana mengubah maksud.

    2. Nampak atau mengetahui imam berubah dari satu rukun ke rukun yang lain.

    3. Tiada dinding yang menghalang diantara imam kecuali makmum perempuan.

    4. Tidak mendahului imam. Takbir makmum tidak sah jika mendahului imam. Makmum takbir apabila imam telah pun takbir.

    5.Tidak boleh terlalu lambat mengikut imam kecuali uzur.

    6. Makmum tidak boleh berada di depan muka imam. Tumit makmum hendaklah berada di belakang tumit imam. Jika kedua2 makmum dan imam sembahyang duduk, punggung makmum hendaklah belakang dari imam.

    7. Makmum tidak boleh berada di belakang imam lebih daripada 300 hasta. Kecuali kawasan masjid.

    8. Makmum dan imam niat solat yang sama jenis. Makmum yang niat solat qada zohor dan mengikut imam yang sedang solat sunat gerhana adalah tidak sah.

                                           Solat tu tiang agama tau.... INGAT!!!! jangan tinggal solat..


    Extra Note
    1.Apabila seseorang takbir, hendaklah takbir beliau berbunyi kecuali bagi orang yang bisu.
    2.Lintasan hati ketika mengikut imam, iaitu lintasan untuk tidak menjadi makmum tidak akan membatalkan solat tersebut. Ini adalah kerana lintasan dalam hati tidak boleh membatalkan niat.

    Semua info datang dari ceramah ustaz Azhar Idrus.. Wallahhua'lam...

    Selamat membaca...

0 comments: