• Musibah Berantai

    Ini hanya sedikit rumusan daripada buku "Aku Terima Nikahnya 3". Apa yang telah Ustaz Hasrizal karangkan tentang musibah berantai ialah bagaimana perasaan marah akan menjadi satu rantai yg akhirnya semua orang terasa akan kemarahan tersebut. Mahupun yang bersalah ataupun tidak. Ustaz Hasrizal memulakan bab ini dengan bayangan seekor kucing yang kesakitan akibat disepak. Musibah yang datang ini bermula dari Setiausaha yang bengang kerana dimarahi oleh 'Bos' beliau. Lalu setiausaha tersebut memarahi  orang yang menyebabkan dia dimarahi. Lalu orang  tersebut dalam keadaan tidak puas hati memarahi isteri beliau. Dan akhirnya kucing yang tidak bersalah disepak anak orang tersebut kerana dimarahi ibunya. Jadi, siapakah yang sebenarnya menyepak kucing tersebut.


    Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”
    (al-Bukhari)


    Sesungguhnya besar pahala orang yang berada di dalam rantaian ini jika beliau mampu mengawal perasaan marahnya.. Dengan mengawal perasaan marah tersebut, kucing tersebut mungkin tidak akan disepak....

    That's all for today... :D hope u guys enjoy it and think about this.... Hope it can teach us and improve our life style... InsyaAllah......

0 comments: