1. Panggilan untuk anak-anak.
Sudah menjadi kebiasaan bagi orang Melayu untuk memberi gelaran bagi anak-anak mereka mengikut pangkat.. Contohnya, panggilan Along akan diberikan kepada anak yang sulung manakala anak bongsu dipanggil Usu atau uchu. Menurut apa yang ditulis dalam buku tu, panggilan ini mampu mematangkan anak- anak tersebut. Ia memberi peranan kepada anak-anak supaya mengetahui tanggungjawab mereka dan akan lebih cepat matang. Menurut penulis, panggilan seperti Boboy akan menyebabkan anak-anak itu menjadi boboy sehingga ke hari tuanya...
2.Batasan Dalam Couple
Penulis merumuskan pasangan yang tidak menjaga batasan pergaulan mereka kebanyakan berakhir dengan penceraian. Ini adalah kerana timbul perasaan ragu-ragu dalam pasangan tersebut apabila sudah berumah tangga. Sebagai contoh, semasa mereka belum berkahwin mereka telah berpegangan tangan tanpa kira muhrim atau tidak dan apabila telah berkahwin, masing-masing akan mempersoal pasangan mereka "Jika aku pegang tangan dia semasa kahwin pun dia tak kisah ini kan orang lain".. Persoalan ini akan berterusan sehingga berlaku penceraian.
3.Cinta tanpa syarat
Penulis menujukan Cinta tanpa syarat ini kepada ibu dan bapa kita. Mereka menyayangi anak mereka tanpa syarat yang tertentu. Ini adalah kerana mereka sayang akan anak-anak mereka. Oleh itu janganlah kita lupa tentang pengorbanan ibu bapa kita ini.
4.Sembunyikan Pertunangan dan hebahkan Perkahwinan
Penulis mengatakan supaya kita menyembunyikan pertunangan.. Ini adalah kerana ia masih sesuatu yang tidak pasti. Bila-bila masa sahaja perkara ini boleh di "cancel" kan.. Untuk menjaga aib kedua-dua belah pihak....
Menurut hadis di bawah:
“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Setakat ni ja kot.. nak p teman member makan jap....
0 comments:
Post a Comment